Video: PPBM Hanya Dapat Kerusi Gred C

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sukar memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) meskipun mendapat 52 kerusi Parlimen di Semenanjung disebabkan kerusi berkenaan hanya kerusi `gred C’.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk brahim Ali berkata keadaan itu menyukarkan PPBM memenangi PRU ke-14 berbanding parti-parti lain dalam Pakatan Harapan (PH).

“Saya bercakap atas kapasiti diri saya yang sudah 35 tahun dalam arena politik. Saya telah menilai kerusi-kerusi yang dipertaruhkan Pakatan Harapan ini.

“Bukan mahu memihak kepada mana-mana parti, kerusi-kerusi heavyweight kini banyak disandang Barisan Nasional. DAP ikut kekuatan biasa iaitu mungkin boleh menang kerusi yang sudah lama dimenangi mereka atau mungkin tidak,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Perkasa di sini hari ini.

Pada Konvensyen Pakatan Harapan Ahad lalu, PPBM mendapat 52 kerusi Parlimen manakala PKR pula memperoleh 51 kerusi, DAP (35) dan Parti Amanah Negara(PAN) sebanyak 27 kerusi.

Menurut Ibrahim, kerusi yang dimiliki oleh PKR dilihat lebih berpotensi kerana mempunyai pengundi yang ramai iaitu sebanyak 55 peratus.

“Kerusi-kerusi yang dipertandingkan yang diberikan kepada PKR kalau ikutkan perkembangan semasa, ada kemungkinan untuk menang.

“Dari segi demografinya taburan pengundi Melayu dan Bumiputera adalah 55 peratus,” ujarnya.

Berdasarkan penggagihan berkenaan, DAP dan PKR berada dalam zon yang lebih baik berbanding PPBM yang merupakan sebuah parti baru.

“Dalam percaturan politik, saya tengok DAP agar selesa manakala PKR berada dalam kedudukan yang lebih baik dari PPBM,”katanya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *