Ringgit Catat Peningkatan

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar US hari ini dengan kenaikan harga minyak global merupakan pendorong utama permintaan ke atas nota tempatan.

Pada 9 pagi, ringgit mencatatkan 4.0000/0030 berbanding dolar US daripada 4.0050/0080 pada penutupan semalam.

Minyak mentah Brent diniagakan pada US$ 68.10 (US1 = RM4.00) setong, naik 0.04 peratus, manakala minyak mentah West Texas Intermediate mencatatkan US$ 62.03 setong, meningkat 0.03 peratus, pada pembukaan pasaran.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit bagaimanapun rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0141/0184 daripada 3.0129/0156 pada Rabu dan meningkat berbanding yen kepada 3.5470/5506 daripada 3.5584/5614 sebelumnya.

Ringgit mengukuh berbanding euro kepada 4.8296/8344 daripada 4.8228/8280 semalam dan lebih tinggi berbanding pound British pada 5.4240/4289 daripada 5.4240/4296 sebelumnya. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *