Petani Raih RM300 Sehari, Tanam Buah Dabai

SAMARAHAN — Seorang petani yang menanam buah Dabai, meraih pendapatan lumayan sehingga RM300 sehari.

Jeffery Tungkat, 30, berkata tanaman terhad dan buah itu kaya kandungan antioksida serta berkhasiat untuk kesihatan, mendorong permintaan tinggi di Sarawak, lapor Metro.

“Petani di sekitar Asajaya menanam pokok buah itu di sekitar kampung masing-masing sejak lebih setahun lalu dan tidak sangka kini ia mula mendatangkan hasil lumayan kepada kami,” katanya.

“Setiap hari, kami (petani) mampu mengutip sehingga 30 kilogram buah terbabit untuk dijual”.

Turut menjual di media sosial, pemuda dari Kampung Senageh itu menjual sekilogram buah dabai pada harga RM10.

Buah dabai, berwarna hitam, nama saintifiknya “Canarium Odontophyllum”, menyerupai buah kurma, sebelum ini hanya boleh didapati di Sibu pada musim tertentu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *