Video: Mahathir Mohon Maaf Atas ‘Dosa’ Silam Di AGM PPBM

SHAH ALAM – Mengakui dirinya cuma manusia biasa, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membuat permohonan maaf secara terbuka di hujung ucapan yang disampaikannya di Perhimpunan Agung Parti Pribumi Bersatu (PPBM) di Shah Alam.

Bekas perdana menteri itu berkata beliau memohon maaf sekiranya pernah membuat sebarang kesilapan sepanjang tempoh terbabit dalam politik tanah air.

Katanya sebagai manusia biasa beliau tidak pernah terlelas daripada melakukan kesilapan dari semasa ke semasa.

“Saya seperti manusia lain, tidak mungkin sunyi daripada berkata dan melaku kesalahan. Bukan sahaja hari ini tetapi juga selama saya berkecimpung dalam politik negara.

“Saya pohon maaf terhadap apa juga kesalahan saya selama itu,” katanya sebelum mengakhiri ucapannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *