Video: Isu Felda Pasti Diselesaikan Dengan Terbaik, Kata Shahidan

KUALA LUMPUR – Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim percaya siasatan terhadap isu pemilikan tanah melibatkan Felda di Jalan Semarak akan dilaksanakan secara telus serta bakal diselesaikan dengan terbaik oleh kerajaan.

“Kita kena ingat, apa sahaja masalah kerajaan pasti akan selesaikan dengan terbaik” katanya selepas menghadiri rumah terbuka sambutan Krismas oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Jalan Raja Laut sebentar tadi.

Menurutnya lagi, isu ini tidak akan menjejaskan pilihanraya yang bakal tiba tidak lama lagi.

“Sebelum ini, pelbagai isu timbul dan dihadapi kerajaan, Alhamdulillah, ia dapat diatasi dan diselesaikan,” katanya. -SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *