Suami Kelar Leher Isteri Kerana Disyaki Tiada Dara

KEJAM. Wanita ini, Elidona Demiraj telah dikelar leher hingga maut oleh suaminya hanya kerana dia dikatakan menipu suaminya bahawa dia masih dara.

Arben Rexha, membunuh Elidona di Islington, selepas dia terlalu taksub dan ingin tahu mengenai hubungan silam isterinya dengan lelaki lain.

Serangan yang dilakukan itu mengakibatkan Elidona, 25, hampir putus kepala. Ia berlaku tiga bulan selepas wanita itu berpindah ke United Kindom (UK) dari Albania.

Arben, sebelum ini yakin isterinya telah menggugurkan anak dengan bekas kekasihnya. Elidona tiba di UK selepas perkahwinan mereka diatur oleh keluarganya.

Ketika kes bunuh ini berlaku, mereka berdua telah menetap bersama selama 12 minggu.

Pada hari kejadian, Elidona berada di rumah kawannya di Luton dan apabila Aeben memintanya pulang, dia balik ke rumah mereka.

“Dia menyangka Elidona bertemu lelaki lain dan ia menyebabkan Arben cemburu. Dia juga memberitahu polis bahawa isterinya telah dirogol oleh lelaki lain.

“Arben juga begitu obses dengan dara Elidona dan cuba mencari maklumat di internet untuk mengetahui jika seseorang itu masih dara atau tidak.

“Mayat Elidona ditemui dengan kesan tikaman di leher dan lengan. Arben mengaku melakukan pembunuhan itu,’’ kata jurucakap polis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *