Pemain Bola Bertudung Jual Kosmetik

PETALING JAYA – Pemain bola sepak wanita yang popular kerana tampil bertudung akan menghasilkan produk kecantikan jenama sendiri.

Nur Syahindah Mohamad Kamal, 20, mahu memperkenal produk krim asas Azma sempena nama ibunya awal tahun depan, lapor mStar.

“Produk yang dinamakan sempena ibu saya masih dalam proses pengilangan. Insya-Allah ia akan mula dipasarkan awal tahun depan.

“Saya enggan terburu-buru biarlah bermula dengan satu produk dahulu,” katanya yang bakal menjadi duta produk tersebut.

Lulusan diploma perniagaan itu menolak beberapa tawaran menjadi model tudung.

Bercakap kepada portal itu, Nur Syahindah yang mewakili kelab Sri Sador Glow Glowing FC berkata perniagaan tersebut dibantu ibunya Norazma Ahmad.

Tidak berniat meninggalkan sukan itu yang didominasi kaum lelaki walau bergelar usahawan, beliau menganggap bola sepak “tetap di hatinya”.

Dia dikenali ramai apabila fotonya yang bertudung sedang menggelecek bola mendapat perhatian ramai awal tahun ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *