Mangsa Umrah, Ustazah Ditipu Ustazah

ALOR STAR — Seorang ustazah mendakwa tidak berniat memperdaya 25 individu dengan menawar pakej umrah melalui penerbangan terus ke Mekah.

Enggan dikenali, beliau sebaliknya mendakwa ditipu seorang ustazah lain di Mekah, yang berjanji menguruskan pakej tersebut, lapor Metro.

Wanita 48 tahun itu mengakui beberapa kali berurusan dengan ustazah yang setuju menguruskan pengangkutan, penginapan dan makan jemaah.

“Malah saya ada bukti penyerahan wang mereka kepada wanita terbabit sebanyak RM118,000 melalui transaksi bank,” katanya.

Wanita itu menjelas hal sebenar kepada semua 25 mangsa, bertambah 15 pengadu berbanding kelmarin, kepada Persatuan Pengguna Kedah selaku perantara kes.

“Saya berharap wanita terbabit memulangkan semula wang itu kerana tidak sangka niat baik saya membantu orang mengerjakan umrah terjadi seperti ini,” katanya yang mengetuai rombongan umrah sejak dua tahun lalu.

Akhbar itu kelmarin melaporkan 10 mangsa mendakwa ditipu keseluruhan RM71,000 berikutan mereka menyertai pakej yang ditawar seorang ustazah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *