Manchester City Nyaris Tersingkir

Pasukan pilihan Manchester City nyaris tersingkir dalam saingan Piala Liga apabila terpaksa mengharungi penentuan penalti 4-3 ketika menentang Leicester City di peringkat suku akhir awal pagi tadi.

Strategi Pep Guardiola yang merehatkan beberapa pemain utama pasukan ternyata memberi kesan apabila dilihat gagal mempamerkan taring sebenar sepanjang saingan yang menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas tamat tambahan masa.

Sementara itu, Arsenal pula yang bertemu West Ham di Stadium Emirates, berjaya memperoleh kemenangan 1-0

Dua aksi separuh akhir nanti akan berlangsung sengit apabila membabitkan empat pasukan ‘Big Six’ bola sepak Inggeris.

Dua lagi aksi suku akhir dijadualkan berlangsung awal pagi esok dengan Manchester United akan berkunjung ke Bristol City, sementara Chelsea menentang Bournemouth di Stamford Bridge.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *