Filipina Negara Paling Bahaya

MANILA – FILIPINA – Filipina merupakan negara paling bahaya bagi pengamal media di Asia dengan empat wartawan tempatan dilaporkan terbunuh ketika sedang bertugas dalam tahun ini, menurut laporan pemerhati media, semalam.

Menurut Rappler, Wartawan Tanpa sempadan (RSF) melaporkan, selain Filipina, empat negara lain yang tersenarai dalam lima paling bahaya untuk media adalah Mexico, Iraq, Afghanistan dan Syria.

“Manila menyambung semula trend sejak sedekad lalu yang menyaksikan pengamal media terkorban ketika bertugas. Bagaimanapun pada 2016, ia dianggap tahun luar biasa di mana tiada wartawan terbunuh,” menurut RSF, petik MD.

Laporan turut mendedahkan, 65 pengamal media maut di seluruh dunia pada 2017 antaranya 50 wartawan profesional, tujuh wartawan awam dan lapan pekerja media.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *