Budak Diseret Van Telinga Hancur Tersiat Tempurung Kepala

GUA MUSANG — Seorang kanak-kanak parah akibat diseret sebuah van ikan ketika bermain dengan rakannya.

Kulit kepala Mohd Darwisy Mohd Zulkifli, 5 tahun, koyak manakala telinga kanannya “hancur”, lapor Sinar.

“Anak saya diseret bersama basikalnya dan mengalami kecederaan parah di bahagian telinga kanan dan kepala sehingga menampakkan bahagian tempurung,” kata ibu mangsa.

Che Norkasmawati Che Nawi, 38, berkata anaknya sedang melintas jalan ketika dirempuh di Kesedar Paloh 3 di sini, mengikut cerita jirannya.

Beliau berada di kedai bagi menghantar kuih jualan, meninggalkan mangsa bersama abang di rumah, sebelum dimaklumkan kejadian jam 3.30 petang semalam.

Che Norkasmawati berkata doktor di Hospital Raja Perempuan Zainab memaklumkannya telinga anaknya “tidak dapat diselamatkan” dan kulit kepala ditampal semula.

“Manakala bahagian telinganya hanya tinggal cuping bawah sahaja. Bagaimanapun, saya bersyukur kerana anak saya selamat,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *