Ikea Langgar Peraturan Bayar Cukai?

AMSTERDAM, BELANDA – Kesatuan Eropah kini dalam siasatan terhadap gedung perabot Ikea kerana dipercayai melanggar peraturan.

Memetik BBC.com, Pesuruhjaya Vestager berkata, kertas siasatan sudah dibuka bagi meneliti dakwaan mengenai bayaran cukai yang tidak adil buat kerajaan negara itu.

Gedung terbesar yang berpangkalan di Belanda itu didapati membayar cukai yang tidak setimpal kepada Belanda, lapor Sinar.

Katanya, sama ada gedung besar atau kecil, multinasional atau tidak, Ikea seharusnya membayar bahagian cukai mereka dengan adil.

Ikea kini mempunyai lebih 70 cawangan di serata dunia.

Pada masa sama, Ikea juga dalam perancangan akan terus melebarkan cawangannya di 11 lagi negara di serata dunia.

Malaysia mempunyai tiga Ikea yang berpusat di Petaling Jaya, Cheras dan Johor Bahru.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *