Ibu Sanggup Menjual Anak Gadisnya Berusia 14 Tahun Pada Lelaki Lain, Begini Nasib Gadis Itu!

Seorang ibu yang dilaporkan oleh penduduk tempatan sanggup menjual anak perempuannya kepada seorang lelaki baru-baru ini.

Wanita yang melindungi identiti  anak tersebut muncul di hadapan hakim Rumbidzai Mugwagwa pada Khamis (14/12/2017) utnuk menjawab tuduhan tersebut.

Dilaporkan dari NewZimbabwe.com , ibu tersebut berasal dari daerah Avenues, Harare, Zimbabwe, Afrika.

Untuk proses penyelidikan wanita tersebut tinggal dalam tahanan sehingga 28 Desember 2017.

Pada kejadian pertama, wanita tersebut mengundang seorang lelaki  ke tempat tinggalnya dan memberikan anak perempuannya yang baru berusia 14 tahun untuk memenuhi nafsu lelaki tersebut.

Mahkamah mendengar bahawa lelaki itu memilih untuk membawa anak itu ke Daerah Pusat Perniagaan dengan kenderaannya.

Dikatakan bahawa lelaki tersebut membawa gadis itu ke suatu tempat di mana dia memperkosanya beberapa kali.

Dia dilaporkan membawa pulang rumahnya tetapi merogolnya lagi ketika berada di dalam kereta di dekat flat yang didudukinya.

Setelah melakukan perkara yang jahat, dia memberi sedikit wang kepada ibu gadis itu dan kemudian pulang ke rumah.

Lelaki itu  kembali untuk gadis itu dua kali selepas kejadian pertama dan membawanya ke beberapa pondok di mana dia memperkosanya lagi.

Ibu gadis itu selalu diberi wang setelah si anak melayani keinginan lelaki itu.

Jiran yang melihat hal ini merasa bimbang pada budak perempuan itu.

Akhirnya mereka melaporkan pada pihak yang berwajib untuk menyelamatkan gadis itu dan menangkap ibunya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *