Arab Saudi Berjaya Pintas Peluru Berpandu Syiah Houthi

DUBAI – Tentera Arab Saudi hari ini berjaya memintas sebuah peluru berpandu balistik yang dilancarkan ke arah Riyadh, lapor berita terkini yang dilaporkan oleh portal Saudi, al-Arabiya.

Kumpulan militan Houthi terdahulu mendakwa mereka melancarkan sebuah peluru berpandu ke arah Riyadh.

Wartawan agensi berita Reuters dalam pada itu mendakwa mendengar bunyi letupan kuat di Riyadh dan melihat kepulan asap di ruang ibu negara Saudi itu. – REUTERS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *