Wanita Simbah Air Panas, Anak Tidak Mahu Menari

KUALA LUMPUR — Seorang kanak-kanak lelaki melecur tahap tiga selepas disimbah air panas oleh ibunya di Paris, Perancis.

Ibu mangsa yang merupakan warga Malaysia dilaporkan melakukan perbuatan itu pada malam Selasa di sebuah hotel di kota itu, lapor Metro.

Timbalan duta Malaysia ke Perancis mengesahkan kejadian tersebut dan mangsa kini dijaga pihak khidmat sosial negara itu.  

“Pihak kedutaan belum dapat bertemu dengan kanak-kanak itu kerana siasatan masih dijalankan.

“Permintaan sudah dibuat dan kami sedang menunggu masa yang sesuai untuk bertemu dengannya.

“Untuk ibunya pula, polis perlu melengkapkan siasatan awal sebelum kita dapat bertemu dengannya, bergantung kepada persetujuannya.

“Kami telah menyampaikan maklumat yang sama kepada keluarga mereka di Malaysia,” kata Mohamad Razdan Jamil seperti dilaporkan New Straits Times.

Mangsa, 11, disimbah air panas kerana dipercayai enggan menyertai tarian dalam sebuah majlis resepsi di hotel tersebut.

Laporan media tempatan mendakwa mangsa menunjukkan kecederaan kepada penyambut tetamu yang kemudian menghubungi polis.

Mangsa dilaporkan melecur di pergelangan tangan, kaki dan punggung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *