Video: Dicukur Dan Dicat Warna-Warni, Salon Ini Tawarkan Khidmat Ubah Penampilan Haiwan Peliharaan

MOSCOW – Sebuah video yang memperlihatkan transformasi haiwan peliharaan viral di sosial media.

Haiwan ini sengaja diubah oleh pemilik yang menyerupai haiwan lain.

Namun, tentu bukan menggunakan kuasa sihir sebenar, melainkan dimasukan ke sebuah salon haiwan.Salon haiwan tersebut terletak di sebuah daerah di negara Rusia. Mereka menawarkan khidmat cukur dan pengecatan untuk bulu haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing.

Bahkan mereka boleh mencukur dan mewarnainya seperti haiwan lain.

Contohnya, ada seekor kucing yang dicukur dan diwarnai bulunya hingga kelihatan seperti seekor Iguana dengan warna hijau.

Kemudian ada pula anjing yang diwarnai kuning dan hitam hingga menyerupai seperti lebah.

Warna tersebut mampu bertahan pada bulu haiwan peliharaan selama sebulan.

Pihak salon mengatakan bahawa cat warna yang digunakan selamat untuk haiwan kerana terbuat dari bahan-bahan semulajadi.

Bahkan, mereka mengaku ada pelanggan yang berpuas hati hasil pada bulu haiwan yang mereka warnai.

“Pewarna terbuat dari ekstrak botani semula jadi, mereka adalah orang Korea,” ujarnya seperti dipetik dari Dailymail.co.uk.

Seperti yang diketahui, Korea memang negara yang cukup terdepan mengenai urusan kosmetik yang menggunakan bahan herba .

Sementara itu, pemilik anjing yang mewarnainya seperti lebah mengatakan dirinya sengaja melakukan perkara itu kerana bosan melihat anjingnya dengan warna yang sama.

“Itu sangat membosankan jadi kami memutuskan untuk membuat anjing kami lebih cerah, terang, menggemaskan, dan mewarnai rambutnya seperti lebah, dan dengan warna yang lebih terang,” ujar Ekaterina Aidimirova.

Meski begitu ramai pemerhati haiwan yang tetap menentang hal tersebut. Mereka merasakan hal itu akan memberikan impak yang buruk pada haiwan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *