Swafoto Miss Iraq, Miss Israel Terima Ugutan Bunuh

BAGHDAD – IRAQ. Tindakan swafoto bersama antara Ratu Cantik Iraq, Sarah Idan dan Ratu Cantik Israel, Adar Gandelsman atas alasan ‘keamanan dan cinta’ menarik kecaman sesetengah pihak ekstremis termasuk ugutan membunuh.

Akibatnya, Sarah dan keluarganya terpaksa melarikan diri ke luar negara baru-baru ini, lapor Sinar.

Menurut laporan Washington Times, swafoto berkenaan dirakam di Tokyo, Jepun 13 November lalu.

Adar pula mengesahkan kawannya telah melarikan diri ke Amerika Syarikat, semalam.

“Dia ambil gambar supaya orang faham manusia boleh hidup bersama. Kita semua manusia,” kata Adar.

Sementara itu, Sarah, 27, cuba menjernihkan keadaan melalui akaun Instagramnya @sarahidan tetapi gagal kerana masih ramai kecaman diterima di laman tersebut.

Kedua-dua ratu cantik tersebut merupakan peserta Pertandingan Ratu Cantik Antarabangsa 2017.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *