Selfie Di Tepi Rel Kereta Api, Pelajar Ini Tersambar Hingga Tengkorak Kepala Terbuka

Selfie memang boleh, tetapi jangan sampai mengundang bahaya. Jangan sampai gara-gara selfie, diri sendiri menjadi mangsa.

Inilah yang terjadi pada seorang pelajar bernama Eli Hayati (16 tahun) berasal dari Purworejo, Jawa Tengah.

Dia bersama tiga rakannya sengaja berselfie ketika kereta api lalu berhampiran mereka. DIa tersambar kereta api sehingga tengkorak kepalanya terbuka.

Dilaporkan, sebelum kejadian, Ely dan ketiga rakannya berjalan berdekatan rel kereta api.

Kemudian mereka memutuskan untuk selfie bersama ketika kereta api melalui dekat dengan mereka.

Sebuah gambar menunjukkan mereka menyangkung di rel sambil ketawa, berapa minit sebelum musibah terjadi.

Ely yang memakai tudung bewarna coklat mencangkung di belakang ketiga rakannya.

Selfie di Pinggir Rel, Pelajar di Purworejo Tersambar Kereta hingga Tengkorak Kepala Terbuka

Mereka semua ketawa. Di gambar selanjutnya, badan Ely terlentang di atas batu, sementara temannya memandang ke arahnya sambil tertawa.

Mereka tidak menyedari apa yang terjadi pada Ely. Padahal Ely cedera pada bahagian kepalanya.

Menurut temannya, Ely berada di belakang mereka, tetapi melayang akibat impak kuat.

Tidak diketahui apakah dia cedera kerana tersambar kereta api atau kecederaan itu terjadi ketika dia jatuh ke atas Kepingan simen dengan trek kereta api.

Dalam gambar seterusnya kelihatan Ely tergeletak di atas simen dengan bahagian tudung setengah tersingkap.

Dilaporkan dari laman web MailOnline, Ely segera dibawa ke hospital oleh pihak polis dan segera menjalani rawatan.

Terlihat di kepala Ely dijahit panjang untuk menyambungkan tengkorak kepalanya.

Dia berada di bawah pengawasan doktor secara intensif.
Doktor tidak memberikan gambaran tentang apa yang berlaku kepada Ely dalam jangka masa panjang akibat kerosakan otak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *