Pelaksanaan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu IMAMS Dibatalkan

KUALA LUMPUR – Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan mengumumkan pembatalan pelaksanaan sistem Pemantauan Manasik Bersepadu IMAMS.

Menurut Ketua Setiusahanya, Datuk Rashidi Hasbullah, pembatalan itu selepas mengambil kira aduan orang ramai dan pihak berkaitan dengan industri, petik Awani.

Semalam, Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengumumkan kesemua 65 agensi pelancongan berstatus muassasah di negara ini yang mempunyai Lesen Khas Umrah (LKU) diwajibkan menggunakan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) bagi permohonan visa umrah

IMAMS yang merupakan akses rasmi tunggal permohonan visa umrah untuk diproses Kedutaan Arab Saudi di Malaysia diperkenalkan bagi menutup ruang penipuan pakej umrah di negara ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *