Senapang Terjatuh, Budak Maut Tertembak Di Muka

ALOR SETAR — Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun maut akibat terkena tembakan senapang patah milik moyangnya.

Puteri Intan Sharini Mohd Hishamuddin sedang menonton televisyen di ruang tamu rumah datuknya ketika kejadian, lapor Utusan.

kejadian itu berlaku apabila senapang patah milik moyang Puteri Intan, Saidin Hamid, 80, terjatuh mengakibatkan berlakunya tembakan yang mengenai bahagian kiri muka anak sulung saya itu,” kata bapa mangsa, Mohd Hishamudin Azri.

Mangsa tinggal bersama datuk, nenek, ibu dan bapa saudaranya di rumah tersebut di Kampung Empa, Mukim Derang, Pokok Sena, dekat sini.

Hishamudin, 34, dimaklum bekas isterinya, Wan Nor Suriati Wan Masri, 26, menerusi telefon kira-kira jam 11.30 pagi sebelum bergegas ke rumah mentuanya

“Apabila tiba ke lokasi kejadian, saya melihat jasad anak sudah terbaring di ruang tamu dalam keadaan cukup memilukan,” katanya. 

Ketua polis daerah Kota Setar ACP Mohd Rozi Jidin berkata siasatan lanjut masih dijalankan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *