Anak Menangis, Jururawat Hamil Diterajang

KERAJAAN tempatan daerah Tongshan di wilayah wilayah Hubei, China, memecat Pengarah Biro Pengurusan Perbandaran selepas isterinya menyerang jururawat hamil, termasuk menendang perut mangsa kerana menyebabkan tangan anaknya berdarah ketika mengeluarkan jarum suntikan IV.

Beijing Youth Daily melaporkan, selepas kejadian pada 8 Disember lalu, Pengarah terbabit, Xu Lianglu, melawat jururawat yang cedera, dikenali sebagai Zhu di di Hospital Rakyat Tongshan.

Xu dilapor berkata, isterinya ‘panas baran’ dan “kamu (Zhu) yang bekerja sebagai kakitangan perkhidmatan perlu bersabar”.

Kerajaan Rakyat Daerah Daerah Tongshan menyatakan Xu sudah dipecat berikutan kejadian itu dan isterinya, Fang, 38, yang ditahan polis, didenda 500 yuan (RM308.50) serta ditahan selepas 12 hari.

Menurut laporan Daily Mail yang memetik Chutian Metropolitan Daily, Fang marah dan menuduh jururawat berkenaan cuai menyebabkan lengan anak lelakinya berdarah ketika mencabut jarum berkenaan.

Rakaman video yang tersebar di media sosial menunjukkan wanita itu menarik rambut Zhu ketika kakitangan hospital berusaha meleraikan mereka.

Namun, Fang dikatakan sempat menendang perut Zhu dan jururawat itu mengalami pendarahan ketika di bawa unit sakit puan.

Namun, tidak dapat dipastikan apa yang terjadi kepada kandungan jururawat berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *