Ngeri! Lima Bulan Tinggal Bersama Mayat Suami Yang Dibunuh

WANITA 49 tahun di Ohio, didakwa membunuh suaminya sebelum mengerat mayat mangsa dan tinggal bersama anggota tubuh suaminya itu selama lima bulan sebelum ditemui anaknya.

Marcia Y Eubank, 49, ditahan Sabtu lalu, kerana disyaki membunuh suaminya Howard, 54, di Coventry.

Pasangan itu berkahwin selama 24 tahun dan mempunyai seorang anak lelaki yang menemui mayat bapanya yang sudah reput di kediaman mereka.

Menurut Daily Mail, anaknya itu menghubungi polis yang kemudian menemui sisa mayat Howard dalam pelbagai beg di rumah itu.

Polis percaya Marcia menembak suaminya beberapa kali sehingga mati, Jun lalu, sebelum mengerat mayatnya menggunakan gergaji.

Rakan sekerja Howard memberitahu polis mereka menerima pesanan teks yang aneh daripada mangsa menyatakan dia mahu berpindah ke Texas pada 18 Jun lalu.

Marcia ditahan tidak jauh dari rumahnya dan kini menghadapi tuduhan membunuh.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *