Isteri Maut, Suami Selamat Kereta Dinaiki Rempuh Jentolak

SIBU – Seorang wanita maut, manakala suaminya selamat selepas sebuah kereta yang dinaiki mereka merempuh belakang sebuah jentolak di Jalan Sungai Bidut di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.15 pagi itu, mangsa, Hii Kee Chuo, 66, disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan akibat kecederaan parah yang dialaminya, lapor Kosmo.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner, Zailani Amit berkata, suami mangsa, Henry Yu Yiong Hway, 66, pula dilaporkan mengalami kecederaan ringan.

Menurutnya, sebelum kejadian, pasangan suami isteri itu sedang dalam perjalanan dari arah Jalan Sungai Bidut menuju ke Jalan Sungai Merah.

“Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu Henry dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu merempuh belakang sebuah jentolak yang diletakkan di bahu jalan berkenaan.

“Impak rempuhan kuat itu mengakibatkan bahagian depan kereta tersebut remuk dan kedua-dua mangsa tersepit di dalam kenderaan berkenaan,” katanya 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *