5 Maut Kebakaran Di Pusat Jagaan Orang Tua

KAJANG – Lima disahkan meninggal dunia dalam satu tragedi kebakaran di sebuah pusat jagaan orang tua Noble Care Home, di Sungai Long pagi tadi.

Menurut sumber Balai Bomba dan Penyelamat Kajang, kejadian berlaku jam 5 pagi tadi dan pihaknya menerima panggilan jam 5.06 minit pagi.

Sepasukan anggota bomba dikejarkan bagi memadamkan kebakaran di rumah banglo dua tingkat terbabit yang dijadikan pusat jagaan orang tua, lapor Awani.

Mengikut laporan awal, empat yang maut adalah warga emas dikenali sebagai Leow Chong Fatt, Tue Hoi Foo, Kuan Chi Meng dan Leow Han lin.

Manakala seorang lagi mangsa yang maut adalah pekerja lelaki di rumah jagaan terbabit yang hanya dikenali sebagai Awis berumur 28 tahun.

Ketika kejadian terdapat individu di dalam rumah banglo terbabit.

Seorang warga emas dan tiga pekerja yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan lanjut.

Laporan awal bomba menyatakan mangsa maut pertama ditemui pada jam 6.05 minit pagi manakala mangsa kedua ditemui lima minit kemudian.

Mangsa ketiga dan keempat ditemui sekitar jam 6.20 minit pagi dan mangsa yang terakhir ditemui pada jam 7.07 minit pagi tadi.

Siasatan lanjut masih dijalankan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *