Video: Duta Palestin Puji Najib, Nyata Sokongan Kuat Pada Palestin

KUALA LUMPUR – Duta Palestin di malaysia, Dato Dr. Anwar H Al Agha hari ini memuji Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak ekoran daripada  sokongan penuh beliau serta Malaysia ke atas negara Palestin dalam isu Baitulmaqdis.

Beliau meluahkan rasa berterima kasih terhadap Najib di atas kesungguhan beliau menyokong serta membantu negara Palestin dalam isu ini.

“Saya sangat bersyukur bahawa negara seperti Malaysia berdiri teguh di belakang rakyat Palestin, dan kami sangat berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana dengan kenyataannya dan menunjukkan sokongan yang kuat terhadap Jurusalem,” katanya ketika ditemui media selepas perasmian Perhimpunan Agung Umno, tadi.

Dr. Anwar merupakan antara delegasi asing yang dijemput untuk menghadiri perasmian PAU 2017 oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam ucapan perasmian pagi tadi, Najib menyatakan pendirian tegas menolak sekeras-kerasnya cadangan menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

“Jadinya, minggu ini apabila kita dikejutkan dengan cadangan AS untuk mengiktiraf satu daripada tiga Tanah Suci umat Islam, yakni Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

“Saya yakin dan percaya, mana mungkin kita sebagai umat Islam dapat menerimanya sampai bila-bila.

“Dan menzahirkan pendirian kita selantang-lantangnya, agar dunia dengar gema suara umat Islam Malaysia. Kita menolak sekeras-kerasnya cadangan menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel sampai bila-bila,” ujarnya.

Terdahulu, Trump mengumumkan akan memindahkan pejabat kedutaannya di Tel Aviv ke bandar itu.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *