Video: Dunia Akan Bermasalah Jika Pengiktirafan Amerika Terhadap Israel Berterusan – MT UMNO

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis tertinggi UMNO, Datuk Seri mohamad Hassan hari ini mendakwa dunia akan menghadapi masalah sekiranya Baitumaqdis dijadikan Ibu negara Israel.

Menurut beliau, tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumkan bahawa Baitulmaqdis dijadikan Ibu Negara Israel dan akan memindahkan pejabat kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis nyata hanya akan membawa kepada bibit-bibit pertumpahan darah.

“Ini suatu perkara yang amat mendukacitakan dan saya yakin jika ini terus berlaku, dunia akan menghadapi masalah.

“Dia akan membawa kepada bibit-bibit bertumpahan darah yang mana ia ditunggu-tunggu oleh pihak daesh dan ISIS untuk mengamit orang-orang yang cederung untuk berjihad ke jalan mereka yang nak bawa,” katanya ketika ditemui SuaraTV di Perhimpunan Agung Umno 2017, tadi.

Justeru itu, beliau menyokong penuh serta berdiri teguh di belakang Presiden Umno, Datuk Seri najib Razak bahawa akan menentang sekeras-kerasnya tindakan ini dan lantang memperjuangkan hak rakyat Palestin.

“saya nampak jelas tad yang amat berhormat, Presiden dan Perdanda menteri, menyatakan dengan jelas bahawa UMNO dan Malaysia.

“Kita menolak dan kita membantah tentang apa yang telah dilakukan oleh pihak Israeldan pihak Amerika Syarikatyang mengiktiraf dan membawa dia punya keduataan dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis,” ujarnya.

Sebelum ini, Duta Palestin di Malaysia, Dr. Anwar H. Al Agha hari ini turut mengecam keputusan yang diambil oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *