UMNO Sudah Siap Sedia Berperang, Tolak DAP & Pakatan Pembangkang – BB

UMNO sudah bersiap sedia sepenuhnya bagi menghadapi pembangkang dalam PRU14. Semangat sudah dipasak, aura perjuangan sudah disimbah, hanya menanti masa perang bermula.

Kebersamaan semua 2,718 orang perwakilan UMNO hari ini semakin kuat dan kukuh. Kesetiaan ahli UMNO pada parti tidak berbelah bahagi lagi.

3,644,295 orang sudah menjadi ahli UMNO sehingga 6 Disember 2017. Jumlah ahli UMNO meningkat beribu ribu orang dan tidak pernah berkurang. Berbeza dengan PPBM yang tidak berani langsung umum jumlah keahlian mereka.

Sejumlah 21,851 cawangan UMNO di seluruh negara. UMNO Bahagian Sidam di Sabah menjadi UMNO Bahagian paling tinggi keahliannya. UMNO Cawangan Kampung Batu Putih Darat di Bahagian Libaran Sabah menjadi cawangan UMNO paling ramai ahli di sesuatu cawangan UMNO.

95 orang delegasi luar negara mewakili 20 parti dari 16 buah negara hadir sama memerhati UMNO bersidang. 75 agensi media cetak dan elektronik dari dalam luar negara turut hadir sama.

Sayap Wanita UMNO sudah menyatakan peringatan tentang bahayanya agenda DAP dan pembangkang.

“Adakah kita sanggup menyerahkan negara yang sudah kita bina selama ini kepada pemimpin cauvinis yang agenda mereka amat membimbangkan kita semua” Tan Sri Shahrizat Jalil, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia.

Sayap Pemuda UMNO pula memperingatkan tentang kesan buruk jika terlepas kuasa pada DAP dan pakatan pembangkang.

“Sekali Melayu kehilangan kuasa kerana berbalah dan bersengketa, musnahlah harapan dan masa depan bangsa. Sekali kuasa Melayu berpecah di peti undi, ia tidak mungkin bercantum kembali” Khairy Jamaluddin, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Sayap Puteri UMNO pula tegas menyatakan bahawa DAP adalah pakatan yang chauvinis dan berat sebelah.

“Negara tidak boleh meletakkan nasib kepada pakatan pembangkang yang penuh dengan kontroversi terutamanya DAP yang amat cauvinis dan bersikap berat sebelah” Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.

Hanya UMNO yang boleh diletak harap untuk menjunjung perjuangan agama, bangsa dan negara. UMNO yang mengetuai Barisan Nasional, bukannya seperti DAP yang menjadi ketua kepada pembangkang.

Lihat sahaja bagaimana biadapnya Zaid Ibrahim, ahli DAP menderhaka pada Sultan Selangor. Hingga Sultan Selangor bertitah murka pada ahli DAP itu.

“Dia duduk di Selangor, baliklah Kelantan kalau tak setuju, buat rumah besar besar dan tolong rakyat Kelantan, jangan cari rezeki di Selangor” titah Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sultan Selangor.

Baru jadi ahli DAP dan baru menjadi kerajaan di dua buah negeri, DAP sudah berlagak dan biadap hingga mencetus kemurkaan Sultan Selangor. Hanya semata mata hendak membela kenyataan menghina bangsa lain yang dibuat oleh Mahathir, Pengerusi Pakatan Harapan.

Amat bahaya memperjudikan nasib bangsa kepada pakatan DAP dan Pakatan Harapan ini. Rakyat boleh melihat sendiri bagaimana tegas, komited dan bersungguhnya UMNO mempertahankan agenda bangsa dan agama dalam persidangan kali ini.

Beribu ribu ahli UMNO hadir untuk Perhimpunan Agung UMNO di PWTC, tidak seperti PPBM yang hanya 12 orang sahaja hadir untuk mesyuarat mereka. Mesyuarat cawangan pun PPBM gagal adakan, bagaimana hendak menyelamatkan negara?

Ahli ahli UMNO sudah siap sepenuhnya berperang dalam PRU14 demi membela agama, bangsa dan negara. Bersiap sepenuhnya dengan semangat dan kekuatan yang luar biasa untuk menolak DAP dan pakatan pembangkang.

Tulisan :
Beruang Biru
BB687, Khamis
7 Disember 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *