Mahathirlah Yang Sebenarnya `Melayu Mudah Lupa’

Dr. Mahathir Mohamad telah menulis sajak `Melayu Mudah Lupa’ ketika menjadi Perdana Menteri keempat. Sajak itu ditulis beliau ketika Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2001.

Namun sebenarnya istilah berkenaan, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak, merujuk kepada diri Mahathir sendiri.

Ini kerana orang yang tetap berpegang kepada roh dan falsafah perjuangan parti tidak sesekali menjadi Melayu yang mudah lupa.

Ia berdasarkan kepada tingkah laku Mahathir sejak kebelakangan ini yang telah melakukan u-turn dalam banyak aspek.

“Dr Mahathir pernah mengingatkan kita Melayu Mudah Lupa namun pada kita, this man has crossed the line apabila tergamak bersubahat bersekutu dengan ‘musuh politik’ dan ‘musuh prinsip’ beliau selama puluhan tahun yang lalu untuk memenuhi tembolok agenda kepentingan peribadi keluarga,” kata Najib dalam ucapan dasar sempena perasmian Perhimpunan Agung UMNO (PAU 2017) di PWTC di Kuala Lumpur.

Menurut Najib, Mahathir tergamak bersubahat dan bersekutu, dengan ‘musuh politik’ dan `musuh prinsip’ selama puluhan tahun hanya semata-mata untuk memenuhi tembolok agenda kepentingan peribadi dan keluarga semata-mata.

Namun malangnya Pakatan Harapan masih belum lagi boleh didaftarkan disebabkan kegagalan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang masih belum lagi mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) walaupun peraturan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) menetapkan ia diadakan dalam tempoh setahun penubuhannya.

“Ini tak masuk lagi cerita ‘parti Bunga Raya’ atau istilah dulu-dulu, Kembang Sepatu, yang diterajui bekas pucuk pimpinan UMNO dan seorang bekas negarawan.

“ Mudah kata, kalau nak menguruskan hal ehwal mesyuarat pun gagal, lagu mana… nak uruskan negara?

“Cuma, bila sampai pilihan raya umum nanti, kalau masih belum selesai lagi hal mereka, janganlah nak tuding kesalahan kepada orang lain, terutamanya kerajaankan? demikian sindir Najib.

Disebabkan masalah dalaman ini maka boleh dikatakan sukar melihat kemana nilai yang mahu dibawa oleh parti berkenaan dalam urusan negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *