Jenazah Ahli Parlimen Jelebu Selamat Dikebumikan

JELEBU – Jenazah Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Zainudin Ismail, 57, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Petaseh Hilir dekat sini.

Jenazah tiba di tanah perkuburan itu kira-kira pukul 11 pagi diiringi isteri, Roziah Yaakob, dua anak, saudara mara dan orang ramai.

Zainudin meninggal dunia kira-kira pukul 7.30 malam semalam di kediamannya di Kondo Villa Puteri, Kuala Lumpur.

Allahyarham meninggal dunia akibat ketumbuhan otak yang dihidapinya. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *