Video: Rani Kulup Bidas Sheila Majid

KUALA LUMPUR – Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah hari ini membidas tindakan penyanyi tersohor tanah air, Sheila majid yang lantang menyalahkan kerajaan terhadap isu kesempitan hidup yang konon di alaminya. dakannya itu kerana kerajaan telah banyak membantu beliau sepanjang kariernya yang bergelar artis.

“Kepada Sheila Majid, Saya nasihatkan tak payah laa nak kutuk kerajaan sebab anda dulu pun naik sebab di atas sokongan kerajaan.

“Kalau tidak dia pun tak naik, jadi jangan anda nak menidakkan,” katanya ketika ditemui media di Pusat Dagangan Dunia Putra Tadi.

Dalam pada itu, beliau turut mempertikaikan tindakan beliau yang menyalahkan kerajaan sedangkan kerajaan sudah banyak membantu arti-artis tanah air termasuk beliau sendiri.

“Jadi kerajaan ini jangan dikutuk, kenapa kamu nak kutuk kerajaan, sebab kamu tak dapat apa yang kamu nak?

“Kita kena rileks dan kita kena sokong kerajaan,” ujarnya.

Terdahulu, Sheila telah memuat naik status di laman Twitter miliknya yang mengutuk kerajaan dan telah dibidas oleh beberapa artis lain seperti Azwan Ali dan Dira Abu Zahar.

One thought on “Video: Rani Kulup Bidas Sheila Majid

  • December 6, 2017 at 9:12 pm
    Permalink

    Apa yg d kata olih SM adalah pandangan peribadi beliau. Saya setuju dgn beliau. Ini juga pendapat peribadi saya. Orang nak. Kata apa pun itu juga hak mereka dlm kebebasan bersuara! Hanya kominis saja yg menyekat org bersuara. Syabas SM – berani kerana benar!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *