Sheila Majid Dibidas, Kalau Zaman Tun M Dah Lama Kena Gam

Kenyataan Sheila Majid mengenai ekonomi negara semalam yang kononnya semakin buruk, telah mengundang kemarahan ramai.

Ia termasuk Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Tun Faisal Ismail Aziz yang telah menyelar Sheila kerana menulis tanpa fakta dan tidak bermaklumat.

Tun Faisal turut memuatnaik naik senarai negara maju yang menurutnya juga boleh dibandingkan dengan ekonomi Malaysia di dalam akaun Twitternya.

“Kalau ikut dia negara-negara ini off track dan lebih teruk daripada Malaysia. Bila tweet tu gunalah akal dan fakta,” katanya.

Selain itu Tun Faisal, netizen turut membidas Sheila. Menurut mereka, jika Tun Dr. Mahathir Mohamad masih Perdana Menteri, sudah pasti beliau telah digam daripada muncul televisyen.

Ini pernah berlaku semasa era pemerintahan beliau di mana penyanyi M. Nasir pernah digam daripada
muncul di radio dan televisyen kerana dianggap melampau dengan pertanyaannya “Siapa Dr Mahathir” pada tahun 1996.

Pengumuman M. Nasir digam itu diumumkan oleh Timbalan Menteri Penerangan Datuk Suleiman Mohamed pada masa itu, bahawa segala bentuk karya M. Nasir dilarang daripada disiarkan melalui televisyen dan radio kerana artis itu dianggap sudah melampau dan kurang ajar terhadap Perdana Menteri.

Sementara itu, blogger Lim Sian See dalam tulisan di Facebooknya turut membidas Sheila. Katanya, sejak populariti penyanyi itu mencapai tahap tertinggi pada tahun 1990-an, pendapatan purata isi rumah rakyat Malaysia meningkat dengan ketara.

“Ia hanyalah pada RM1,704 pada tahun 1999 tetapi pada tahun lepas ia adalah RM5,228. Walaupun harga petrol meningkat dua kali ganda kepada RM2.30, pendapatan kita telah meningkat tiga kali ganda.

“Ya, harga telah naik tetapi begitu juga pendapatan kita. Rata-rata rakyat Malaysia mempunyai kualiti hidup dan taraf hidup yang lebih baik berbanding pada tahun 1990-an.

“Bagi mata wang, kita berada pada RM3.80 kepada USD selama 7 tahun ketika Mahathir menambatnya pada tahun 1998. Selepas ia tidak lagi ditambat ia kekal di sekitar itu untuk beberapa tempoh,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *