Pembangkang Akan Tanding Dengan Logo Berbeza Pada PRU14?

Harapan pembangkang untuk bertanding di bawah satu bumbung nampaknya hanya tinggal harapan. Ini kerana kemungkinan ia didaftarkan sebagai Pakatan Harapan tidak tercapai disebabkan kegagalan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM).

Dengan kemungkinan itu, pembangkang kini terpaksa bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti dengan menggunakan logo parti sendiri.

Ketua Whip Parlimen PKR Datuk Johari Abdul menerusi kenyataannya dalam sebuah portal pembangkang memberitahu bahawa PPBM belum mendapat pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) justeru meningkatkan kemungkinan parti itu tidak dapat bertanding di bawah logo gabungan bersama.

Dalam isu ini, Pakatan Harapan tidak boleh menyalahkan ROS kerana agensi berkenaan menjalankan tugasnya berdasarkan peraturan yang ada.

Justeru siapa yang perlu dipersalahkan? PPBM yang patut dipersalahkan kerana sehingga sekarang ia gagal mengadakan AGM parti itu. Alasan yang diberikan oleh pengerusi PPBM, Dr. Mahathir Mohamad sebelum ini ialah kerana masalah di peringkat cawangan dan bahagian.

Hakikatnya, PPBM pernah menyatakan ia telah mengadakan AGM pada 12 November lalu, namun bagaimana AGM itu boleh diiktiraf sekiranya hanya 12 orang sahaja yang hadir? AGM jenis apakah ini?

Hakikatnya lebih setahun selepas PPBM ditubuhkan pada 8 September tahun lepas, PPBM masih gagal mengadakan AGM.

Sedangkan mengikut perlembagaan parti, selaras dengan Akta Pertubuhan 1967 dan Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984, satu mesyuarat agung peringkat cawangan dan bahagian wajib diadakan selepas setahun PPBM ditubuhkan secara rasmi.

Jadi disebabkan kegagalan PPBM ini, maka tidak tercapailah harapan Pakatan Harapan untuk bertanding di bawah satu logo. Meskipun cadangan asal untuk pembangkang bertanding di bawah satu logo dicetuskan oleh pengerusi PPBM sendiri, namun akhirnya parti beliau yang menggagalkannya.

Namun adakah Mahathir kelihatan bimbang? Tidak, Mahathir tidak nampak bimbang malah beliau mengadakan siri jelajah kononnya untuk menyelamatkan Malaysia, tetapi realitinya parti sendiri `terkulai’.

Pakatan Harapan cuba meniru Barisan Nasional (BN) namun hakikatnya ia belum dapat mencapai `kelas’ yang dimiliki oleh BN. Walaupun Pakatan kini menggunakan artis-artis untuk menyerang kerajaan tetapi malangnya artis yang ada adalah artis yang suam-suam kuku yang sudah tidak popular lagi.

Mungkin mahu menumpang menarik undi peminat artis berkenaan tetapi sebenarnya ia tidak berkesan pun. Malah artis terbabit lebih teruk diserang disebabkan kebodohan sendiri.

Jadi, fikirlah sebaik mungkin sebelum mengundi. Adakah anda mahu memilih parti yang telah berjaya memimpin negara dengan baik selama ini atau pun parti yang gagal menyelesaikan masalah dalaman sendiri?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *