Harga Petrol dan Diesel Turun

PETALING JAYA – Harga kesemua bahan api turun bermula selepas tengah malam Rabu.

Harga petrol RON95 dan RON97 turun sebanyak satu sen masing-masing kepada RM2.29 dan RM2.57 seliter.

Sementara itu, diesel turun empat sen kepada RM2.21 seliter.

Harga baharu ini bakal berkuatkuasa bermula 12.01 pagi 7 November hingga 13 Disember.

Harga baharu itu dikongsi menerusi halaman rasmi Facebook Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Mekanisme penetapan harga bahan bakar mingguan berkuat kuasa pada April tahun ini dan harga petrol dan diesel telah ditempatkan pada sistem apungan bulanan yang diuruskan sejak 1 Disember 2014 berikutan penghapusan subsidi bahan bakar. – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *