Video : Aliff Syukri Hairan Muzik Video Terima Banyak ‘Unlike’

Pengasas DHerbs, Datuk Seri Aliff Syukri berasa hairan lalu mempersoalkan mengapa video itu menerima unlike yang begitu banyak, sedangkan ia hanya sebuah video lirik.

Video lirik lagu berjudul Abang Nak Tegur itu dimuat naik ke laman YouTube pada 23 November lalu itu menerima dislike yang banyak.

Memetik Awani, ia telah menerima hampir 600,000 tontonan.

Namun, jumlah like dan dislike mencatatkan perbezaan yang amat ketara, dengan jumlah dislike ketika ini mencecah 79,000, manakala jumlah like hanya 10,000 sahaja.

Dalam kemas kini status di akaun Instagramnya, Datuk Aliff menyatakan rasa terkilan dengan situasi itu.

Video lagu terbitan KRU Muzik itu yang turut menampilkan Nur Sajat, ketika ini berada di tangga keempat paling trending di YouTube Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *