Janna Nick Pernah Ditawar Dadah

KUALA LUMPUR — Pelakon Janna Nick mengakui pernah ditawarkan dadah oleh rakan artis sendiri untuk berseronok dan mengatasi tekanan.

Janna, 22, berkata rakan artis yang turut mengambil bahan terlarang itu memberitahunya dadah juga dapat memberinya tenaga, lapor Metro.

“Sebagai manusia pasti terdetik rasa ingin mencuba tapi semuanya terletak pada pendirian masing-masing sama ada untuk terjebak atau tidak. Saya sendiri tidak mahu masa depan saya gelap disebabkan dadah,” katanya.

Pelakon Coffee Prince itu berkata dirinya cuba mengelak rakan-rakan yang membawa dadah ketika keluar bertemu kerana tidak mahu terlibat sama.

Katanya jika berdepan tekanan seseorang perlu mendapat rehat yang cukup dan mencari ketenagangan dengan cara yang lebih berfaedah.

“Jika bertemu mereka saya tidak akan berjumpa pada waktu bekerja. Walaupun kadang-kadang saya tahu mereka di bawah pengaruh dadah tetapi saya okay,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *