Badak Lakukan Aksi Kuak Lentang

LIMPOPO, Afrika Selatan – Seekor badak air liar dirakam seolah-olah sedang melakukan aksi kuak lentang di Taman Negara Kruger di sini baru-baru ini.

Menurut Agensi petik Kosmo, aksi luar biasa itu berjaya dirakam seorang jurugambar Maureen Gibson, 71, apabila haiwan tersebut berenang seperti tarian balet dengan memusingkan badan menyebabkan keempat-empat kaki di atas permukaan tasik.

“Secara tiba-tiba, badak air itu memasukkan muka ke dalam air tasik dan mula memercikkan air dengan menggoyangkan badannya.

“Haiwan itu kemudian menyelam lebih dalam dan memusingkan badan seolah-olah sedang menikmati tarian balet dalam air. Aksi itu berterusan selama 10 minit,” katanya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *