Netizen Teruja, Gembira Pasangan #Fattzura Bernikah

KUALA LUMPUR – Belum pun sampai seminggu selepas pengumuman pertunangan aktor popular Fattah Amin bersama aktres jelita Nur Fazura, malam tadi peminat kedua-duanya dikejutkan dengan berita bahawa pasangan ini sudah sah bergelar suami isteri.

Di media sosial, ramai yang gembira serta teruja mengenai berita pernikahan pasangan #Fattzura dan mendoakan kebahagiaan pasangan popular itu.

Majlis pernikahan berlangsung sekitar jam 9.50 malam tadi di sebuah hotel terkemuka di ibu negara dan dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan pasangan tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *