28 pekerja Google dipecat kerana bantah kontrak kerjasama bekal perkhidmatan Angkatan Pertahanan Israel

- Advertisement -

PALO ALTO- Gara-gara terlibat dalam bantahan kontrak kerjasama dengan syarikat perkomputeran kerajaan Israel, Google Alphabet Inc memecat 28 pekerjanya.

Bantahan pekerja-pekerja Google itu membabitkan Project Nimbus, kontrak bersama AS$1.2 bilion (RM5.733 bilion) dengan Amazon.com Inc. untuk menyediakan perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) dan pengkomputeran awan kepada kerajaan Israel.

Protes yang diketuai oleh organisasi No Tech for Apartheid berlaku pada Selasa lalu di seluruh pejabat Google di New York City, Seattle dan Sunnyvale, California.

Penunjuk perasaan di New York dan California mengadakan protes hampir 10 jam dengan yang lain mendokumentasikan tindakan itu termasuk melalui strim langsung Twitch.

Sembilan daripada mereka ditahan petang Selasa lalu atas tuduhan menceroboh.

Beberapa pekerja yang terlibat dalam tunjuk perasaan itu termasuk mereka yang tidak terlibat secara langsung dalam protes itu menerima mesej daripada kumpulan perhubungan pekerja syarikat yang memaklumkan bahawa mereka diberi cuti.

Google memberitahu pekerja yang terlibat bahawa pihaknya menjaga perkara ini serahsia mungkin.

Namun, pada petang Rabu, pekerja dimaklumkan bahawa mereka dipecat oleh syarikat, menurut kenyataan daripada kakitangan Google dengan kempen Tanpa Teknologi untuk Apartheid.

Pekerja di kedua-dua syarikat itu mendakwa perjanjian berkenaan menghasilkan teknologi canggih dengan dikuasakan kecerdasan buatan (AI) untuk kegunaan anggota keselamatan Israel sekali gus menyumbang kepada pembunuhan warga Palestin di Gaza dan Tebing Barat.

Portal The Intercept dan Time juga melaporkan bahawa projek Nimbus membekalkan perkhidmatan yang boleh diakses oleh Angkatan Pertahanan Israel.

Pemecatan itu, yang disahkan Google, berlaku beberapa jam selepas sembilan pekerja ditahan polis pada Selasa selepas melakukan mogok duduk di hadapan pejabat Ketua Pengarah Eksekutif Google Cloud Thomas Kurian di Sunnyvale, California, serta sebuah lagi pejabat di New York.

Kesemua sembilan pekerja itu dipecat, bersama 19 lagi peserta protes lain.

Gerakan tunjuk perasaan itu dilakukan dengan dipimpin kumpulan aktivis yang dinamakan ‘No Tech For Apartheid’ yang mendesak Google dan Amazon untuk membatalkan kontrak projek Nimbus.

Jurucakap Google Anna Kowalczyk dalam satu kenyataan berkata, para pekerja itu dipecat dari tugas selepas siasatan dalaman mendapati ‘mereka bersalah kerana secara fizikal menghalang pekerja lain daripada menjalankan tugas dan mengakses kemudahan pejabat’.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat