Remaja Bunuh Diri Selepas Dibuli Teman Sekolah

Seorang gadis berusia 15 tahun telah membunuh diri setelah foto intimnya dengan bekas kekasihnya tersebar di media sosial, menyebabkan teman-temannya membulinya. Rakan-rakannya juga kerap mengutuk rambut kerinting gadis itu yang bernama Karina Saifer Oliveira.

Ibu bapa Karina tidak mengetahui anak mereka yang pintar dan ingin belajar undang-undang ini membunuh diri.

Kali terakhir mereka berhubung adalah menerusi pesanan Whatsapp pada 7 November lalu, iaitu hari sama di mana dia membunuh diri.

“ Saya bertanya di mana dia dan dia tidak menjawab setelah itu saya sedikit bimbang, tapi saya pikir dia keluar,” kata ibunya Saifer. Mereka berasal dari Brazil.

Namun selepas ibunya pulang dari tempat kerja, dia menemukan mayat anaknya.

Karina yang merupakan murid tahun pertama di sebuah sekolah, rupa-rupanya telah melalui masa-masa sulit selama setahun. Semasa dia berusia 14 tahun, Karina telah berpacaran dengan seorang lelaki berusia 17 tahun.

Ada gosip yang menyatakan bahawa bekas kekasihnya itu telah menyebarkan foto-foto bogel Karina pada teman-temannya. Polis kini sedang menyiasat mengenai perkara itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *