Nabila Razali Muat Naik Video Menangis, Kecewa Dengan Aedy Ashraf?

Penyanyi Nabila Razali memuat naik video di Instagram(IG)nya yang menunjukkan dia sedang menangis dan seolah-olah kecewa dengan sikap lelaki atau kekasih.

Tanpa kapsyen, entri yang dimuat naik malam semalam itu juga  tiada ruangan komen disediakan.

Menerusi video tersebut, Nabila memberitahu dia kecewa dengan lelaki yang tidak pernah rasa cukup, meskipun wanita itu telah berkorban segalanya untuk mereka.

“Lelaki ni tak pernah rasa cukupkan?.

“Tak kisah lah kita berkoban macam mana pun untuk mereka. Tetap cari yang lain.

“Jadi Bila (Nabila Razali) harap korang dah tak tanya apa-apa pasal tu.

“Kamu semua pun mesti pernah kena macam ni kan?” kata Nabila, lapor Gempak.

Namun siapakah lelaki yang dimaksudkan Nabila? Ia seperti kecewa dengan lelaki yang bergelar kekasih.

Adakah lelaki itu Aedy Ashraf kerana baru-baru ini pelakon tersebut dikaitkan dengannya selepas masing-masing memuat naik foto mesra bersama.

Sementara menerusi IGStory Aedy Asharaf pula kelihatan dia memuat naik satu foto mesra dengan seorang wanita yang memeluknya.

Mungkin juga kekecewaan Nabila itu berpunca daripada foto yang dimuat naik oleh Aedy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *