Maut Atas Katil Hotel

Lelaki 54 tahun yang dipercayai ada gangguan kesihatan ditemui mati di bilik hotel di Kampung Air, dekat sini, kira-kira 6 pagi ini.

Mangsa yang berasal dari Sandakan itu ditemui terbaring atas katil oleh beberapa pekerja hotel ketika membuat pemeriksaan di bilik berkenaan.

Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.25 pagi.

Katanya, pasukan perubatan yang hadir di lokasi kejadian mengesahkan lelaki itu sudah meninggal dunia.

“Siasatan awal di sekitar bilik mangsa mendapati tiada kesan pecah masuk dan bilik dihuninya juga berada dalam keadaan kemas.

“Pemeriksaan pada tubuh mangsa juga mendapati tiada sebarang kesan kecederaan fizikal dan tiada senjata ditemui di sekitar lokasi kejadian,” katanya, ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa sudah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth bagi membantu siasatan lanjut.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *