Iras Isteri, Bapa Toreh Pisau Dan Cucuh Api Rokok

KOTA BARU ― Seorang lelaki mendera anaknya, termasuk menoreh tangan dengan pisau dan mencucuh api rokok, kerana wajahnya seiras bekas isteri.

Anaknya, 8 tahun, dicucuh api rokok di kaki dan badan, dipukul di kepala sampai bengkak dalam kejadian Sabtu lepas, lapor Metro.

Anak sulungnya itu kini dalam keadaan trauma akibat kecederaan dalam insiden di rumahnya di Kampung Terap, Bukit Marak, di sini.

Lelaki itu, 31 tahun, yang didakwa panas baran, bertindak demikian kerana menyimpan dendam pada bekas isterinya setelah bercerai tiga bulan lalu.

Enjoy 20% Off AirAsiaX Flights When you buy a Samsung!
Advertisement

Ibu mangsa sedar insiden itu apabila menerima foto dua anaknya, termasuk yang berusia 6 tahun, menyorok di belakang almari kerana takut. 

Wanita 27 tahun itu bersama anggota polis kemudian ke rumah bekas suami untuk membawa pulang mangsa ke rumahnya di Kampung Lepar Limbat, Pasir Tumboh.

“Saya dapat mengambil anak dan mendapati dia cedera teruk di kaki, badan dan kepala akibat didera bekas suami,” katanya kepada akhbar itu.

Jelasnya, mereka telah bercerai kali ketiga dan enggan merujuk semula suaminya yang pernah memukulnya beberapa kali.

Polis Kota Baru menahan suspek yang positif dadah jenis syabu pada Ahad.

Kes itu disiasat bawah Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak, kata ketua polis daerah ACP Ismail Mat Sidik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *