Hantar 10 SMS Lucah, 2 Pembantu Perubatan Didakwa

SEREMBAN ― Dua pembantu perubatan mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan menghantar SMS lucah kepada seorang wanita pada 2014.

Tertuduh, Nor Zeland Ithnin, 57, berdepan tujuh pertuduhan, manakala Othman Kadir, 58, dikenakan tiga pertuduhan di Mahkamah Sesyen di sini, lapor Kosmo.

Bertugas di sebuah klinik swasta di Rompin, Nor Zeland didakwa secara sedar menghantar SMS lucah dengan niat menyakitkan hati orang.

Perbuatan itu dilakukan di Bandar Baru Sunggala, dekat Port Dickson antara 5.26 pagi dan 9.20 pagi pada 16 Ogos hingga 19 Ogos 2014. 

Sementara Othman pula melakukan perbuatan di lokasi dan dengan niat yang sama antara jam 12.29 tangah malam dan jam 4.03 pagi, 6 Ogos hingga 7 Ogos.

Mereka didakwa bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia. Jika sabit kesalahan, boleh didenda maksimum RM50,000, penjara atau kedua-dua sekali.

Mahkamah menetapkan jaminan RM1,500 kepada Nor Zeland, manakala RM1,000 ditetapkan kepada Othman, yang bertugas di sebuah klinik di Jasin.

Kedua-duanya membayar jaminan tersebut. Kes disebut semula pada 27 Disember ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *