Astro Bagi Penjelasan Ahad Ini Kata Nabil

Ketika ini masih hangat diperkatakan cerita mengenai video Nabil Ahmad terhadap Chef Wan.

Semuanya bermula apabila selebriti chef terkenal ini membuat teguran terhadap Nabil di Instagramnya sehingga pengacara tersebut berasakan teguran itu telah menjejaskan nama dan periuk nasinya.

“Kalau nak tegur kenapa tak tegur satu team? Kenapa tegur saya seorang sahaja. Kami kerja berpasukan. Tegur sahajalah semua. Baru betul. Sampai sekarang saya pun tak faham kenapa saya sahaja yang ditegur.

“Kalau betul saya dah melampaui batas sudah tentu produksi tegur saya. Saya ini hanya talent dan sudah tentu dengar cakap penerbit. Namun setakat ini tidak ada apa-apa masalah pun.

“Saya tak kisah pun tapi kalau dah sampai menjejaskan nama dan periuk nasi saya, maka sebab itulah atas nasihat peguam saya buat video tersebut.

“Saya masih ada kontrak dengan beberapa produk dan bayangkan apabila client sendiri dah call dan tanya apa masalah yang berlaku. Tidakkah itu memberi pandangan buruk dan sekali gus boleh menjejaskan periuk nasi saya,” jelas Nabil, lapor Sinar.

Tambah Nabil lagi, dia telah menjadi pengacara GV sehingga kini musim keempat. Setiap tahun, itulah gayanya menjadi pengacara. Bermakna dia yakin pihak Astro tidak mempunyai masalah dengan gaya pengacaraannya selama ini dan sebab itulah dia terus dikekalkan.

“Ahad ini selepas GV, pihak Astro akan mengadakan sidang akhbar untuk memperjelaskan mengenai perkara ini dan sekali gus membersihkan nama saya,” kata Nabil lagi.

Dengan penjelasan pihak Astro itu nanti dia berharap agar semua orang faham dengan tugasnya sebagai pengacara program tersebut.

“Kalau nak saya ikut skrip sahaja, lagi senang kerja saya. Saya ok sahaja,” terangnya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *