Umpan Coklat Dan RM2, Rogol 2 Budak Satu Hari

KUANTAN ― Seorang kelindan lori didakwa merogol dua kanak-kanak jirannya dengan mengumpan mereka coklat dan wang RM2 awal bulan ini.

Dalam kejadian berasingan di sebuah taman perumahan dekat Gambang, suspek itu, 25 tahun, membawa mereka bersiar-siar dengan motosikal sebelum merogol.

Insiden pertama melibatkan kanak-kanak lapan tahun di sebuah tangki air di taman itu dekat Batu 11 pada 6 November lalu, lapor Sinar.

Sementara insiden kedua pula melibatkan kanak-kanak lima tahun di sebuah ladang kelapa sawit, selang beberapa jam selepas insiden pertama.

Ketua polis Kuantan berkata suspek diberkas pada 8 November lalu, dua hari selepas aduan ibu bapa mangsa di balai polis Jaya Gading di sini.

“Setakat ini suspek direman sehingga 28 November ini sebelum dihadapkan ke mahkamah,” kata ACP Abdul Aziz Salleh.

Ditahan pada 10.30 malam selepas bekerja, suspek disiasat bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *