Objek Misteri Dirakam Masuk Ke Bumi

WASHINGTON – Satu objek misteri dirakam terbang memasuki atmosfera Bumi oleh salah seorang kru Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) baru-baru ini.

Menurut Agensi, walaupun Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) memberitahu, objek tersebut merupakan meteor, namun pakar teori konspirasi berpendapat itu adalah bukti kewujudan makhluk asing.

SecureTeam10 yang merupakan salah satu saluran paling banyak ditonton di YouTube dengan lebih 785,000 pengikut telah memuat naik video tersebut dan mendakwa NASA cuba menyembunyikan kewujudan hidupan di angkasa lepas.

“Lihat objek bercahaya itu bergerak. Kelajuannya sekitar 136 kilometer sejam jauh lebih perlahan berbanding meteor,” kata kumpulan itu, lapor Kosmo.

Bagaimanapun, pesaingnya, Lions Ground mendakwa SecureTeam10 sengaja memperbodohkan penonton dengan penyebaran video tersebut.

“SecureTeam10 mengaut kira-kira AS$745 (RM3,100) sehari dengan menyiarkan video palsu bagi memperdayakan peminat objek terbang tidak dikenali (UFO),” katanya.

Klip video yang menunjukkan seperti satu bebola bercahaya bergerak pantas menuju ke atmosfera Bumi itu dirakam oleh angkasawan Itali, Paolo Nespoli. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *