Mata Kail Sangkut Tepi Mata Budak

TASEK GELUGOR ― Seorang kanak-kanak tiga tahun nyaris buta apabila mata kail tersangkut pada kelopak mata kirinya kelmarin.

Dalam insiden 2.30 petang, Luqman Farizzuan Muhd Ridduan ketika itu bermain joran dengan abangnya, 9 tahun, bersama seorang rakan.

Ketika bermain dekat rumah mereka di Pokok Tampang di sini, tiba-tiba mata kail itu tersangkut pada kelopak matanya, lapor Metro.

Dalam keadaan budak itu kesakitan, jiran mereka terpaksa memotong tali pancing bagi mengelak kecederaan lebih serius kepada mangsa.

Bapa mangsa, yang kebetulan baru pulang dari kerja, memeriksa kail itu dan menyedari ia hanya tersangkut pada kelopak mata.

“Nasib baik ia tidak kena anak mata. Jika tidak dia mungkin akan cedera lebih serius,” kata Muhd Ridduan Ismail, 29.

Lelaki itu kemudiannya membawa anaknya ke Hospital Kepala Batas untuk membuang mata kail itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *