Masa 6 Jam Untuk Bina Rumah Mudah Alih

LONDON – Sebuah rumah mudah alih berharga £25,000 (RM136,564) mampu dirobohkan dan dipindahkan ke lokasi baharu untuk dibina semula hanya dalam tempoh enam jam. Apa yang lebih menarik, ia kalis gempa bumi.

Menurut Agensi, proses pemasangan pula memerlukan tiga tenaga manusia bagi tempoh antara enam hingga tujuh jam termasuk pemasangan bumbung, dinding bahagian dalam serta lantai, lapor Kosmo.

Rumah tersebut boleh dibina di mana-mana lokasi tanpa memerlukan tapak konkrit dan ia datang dalam pelbagai saiz bermula dari 26.9 hingga 83 meter persegi yang mempunyai tangga.

Semua model asas mempunyai sebuah bilik mandi, bahagian dapur serta panduan pemasangan teknikal akan dihantar kepada pelanggan dalam tempoh 60 hari selepas lakaran akhir.

Komponen rumah tersebut yang merupakan produk syarikat M.A. Di Home dikeluarkan di sebuah kilang di Itali dan boleh diangkut ke lokasi baharu menggunakan trak. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *