Mahu Buktikan Bumi Leper, Bina Roket Sendiri

CALIFORNIA – Seorang pemandu limusin kini giat membina sebuah roket buatan sendiri untuk menyangkal teori angkasawan yang menyatakan Bumi berbentuk sfera.

Mad Mike Hughes, 61, sebaliknya mahu membuktikan Bumi sebenarnya berbentuk cakera leper dengan menaiki roket itu pada ketinggian 550 meter dengan kelajuan 800 kilometer sejam di bandar hantu Amboy, Gurun Mojave.

Menurut Agensi, warga emas yang tinggal di Apple Valley di sini telah menghabiskan masa selama beberapa tahun membina roket tersebut yang akan dijana menggunakan kuasa wap daripada bahan-bahan buangan di garajnya. Dia telah menghabiskan perbelanjaan sebanyak AS$20,000 (RM82,000), lapor Kosmo.

Misi Hughes itu adalah untuk terbang sehingga mencapai ketinggian sekurang-kurang 16 kilometer dari Bumi bagi membolehkan dia merakam gambar dan membuktikan kebenaran Teori Bumi Leper. Selepas menamatkan misi itu, dia bercadang mahu bertanding merebut jawatan Gabenor California.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *