Kopi Elak Kematian Awal

LONDON – Pengambilan tiga hingga empat cawan kopi sehari lebih memberi faedah kepada kesihatan, berisiko rendah meninggal dunia pada usia muda dan serangan jantung berbanding mereka yang tidak meminumnya.

Penyelidikan saintis yang mengumpul bukti daripada lebih 200 kajian terdahulu, juga mendapati pengambilan kopi dikaitkan dengan risiko rendah diabetes, penyakit hati, nyanyuk dan beberapa jenis barah.

Tiga atau empat cawan kopi sehari memberikan manfaat lebih baik kecuali wanita hamil atau mereka yang berisiko tinggi mengalami kepatahan, lapor BH.

Kopi adalah antara minuman yang paling kerap diambil di seluruh dunia.

Bagi memahami kesan kopi ke atas kesihatan, pakar kesihatan umum Universiti Southampton di Britain, Robin Poole, mengetuai pasukan penyelidikan dalam penilaian induk 201 kajian berdasarkan penyelidikan pemerhatian dan 17 kajian berdasarkan percubaan klinikal di seluruh negara.

“Meminum kopi selamat dengan aliran biasa pengambilan,” kata pasukan Pool dalam penyelidikan yang disiarkan dalam jurnal perubatan BMJ.

Amalan meminum kopi kerap dikaitkan dengan risiko rendah kematian awal dan serangan jantung. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *